Game Dev Tycoon Untuk Switch Akan Tiba Oktober Ini

Kemaskini, 9 Oktober 2020: Game Dev Tycoon kini boleh didapati melalui eShop dengan harga $14.99.

Artikel Asal: Greenheart Gaming minggu ini mengumumkan yang versi Switch untuk Game Dev Tycoon akan dikeluarkan pada 8 Oktober ini. Ia akan menyokong kawalan menggunakan alat kawalan dan juga secara skrin sesentuh. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Permainan simulasi pengurusan syarikat pembangun permainan video ini sudah dikeluarkan untuk PC dan juga peranti pintar sejak tahun 2012. Menariknya, bagi anda yang sudah memiliki permainan tersebut di PC ataupun peranti pintar, simpanan boleh dibawa ke versi Switch agar anda tidak perlu bermula dari awal.

Sohor Kini