Daedalic Entertainment minggu ini akhirnya berkongsi video acah pertama untuk permainan aksi pengembaraan mereka The Lord of the Rings: Gollum. Namun, ia hanyalah satu video CGI yang tidak mengandungi sebarang bentuk permainan. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Permainan ini pertama kali diumumkan pada tahun lepas dan hampir setahun selepasnya mereka berkongsi beberapa tangkapan skrin untuk permainan ini. Ia dikatakan adalah satu permainan yang memfokuskan penyelinapan dan akan mengikut penceritaan sepertimana tertulis di dalam novel The Lord of the Rings bersama dengan beberapa penambahan penceritaan tersendiri.

The Lord of the Rings: Gollum dijangka akan tiba pada tahun 2021 dan konsol generasi baharu.

Sohor Kini