Yoodo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan kembali menaja kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura untuk musim keenam.

Ini merupakan tajaan kedua mereka selepas musim kelima sebelum ini di mana ia merupakan salah satu musim terbesar buat kejohanan tersebut dengan sejumlah lebih dari 9.5 juta tontonan. Menurut Michael Lin, iaitu pengurus pemasaran Esukan MPL menyatakan yang mana mereka amat gembira dengan tajaan Yoodo dan bagi musim keenam ini, mereka menjanjikan satu kejohanan yang lebih besar dari pelbagai pasukan Malaysia dan Singapura.

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura musim keenam akan menyediakan wang hadiah terkumpul sebanyak $100,000(~RM417,000) dan ia akan menempatkan enam pasukan dari Malaysia dan empat dari Singapura. Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 28 Ogos ini sehingga 25 Oktober 2020 ini.

Pada masa yang sama, Yoodo juga mengumumkan yang mana mereka kini akan menaja pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Geek Fam, sekaligus menambahkan lagi barisan tajaan esukan di bawah naungan Yoodo selepas Yoodo Gank dan juga Yoodo FV.

Menurut Chow Tuck Mun, ketua Yoodo, belia sangat teruja untuk membawa jenama mereka ke kejohanan MPL yang bakal berlangsung kelak, ditambah pula dengan pencapaian pasukan tersebut di musim lepas, mereka bersedia untuk memberi sokongan penuh buat pasukan Geek Fam. Beliau juga menyatakan tajaan ini bukan sahaja dari segi tajaan telco, malah dari segi kewangan buat pasukan tersebut.

Yoodo Geek Fam terdiri daripada Nik Aqieff (Dominus) sebagai kapten pasukan, Muhammad Zul Hisham (Xorn), Poon Kok Sing (OzoraVeki), Muhammad Nazmie (Artz) , Amirul Shafiq (Feekz) dan Tai Ming Hong (Rumpel).

Kami di sini juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Yoodo dan juga pasukan Yoodo Geek Fam untuk kejohanan MPL musim keenam ini.

Sohor Kini