Selari dengan pengumuman tajaan musim keenam kejohanan MPL MY/SG hari ini, Yoodo juga mengumumkan data tambahan (Add-On) sebanyak 20GB buat permainan Mobile Legends: Bang Bang dengan harga serendah RM5.

Ini sekaligus membenarkan pelanggan Yoodo untuk mengakses permua Mobile Legends dengan menggunakan data khas yang berasingan dengan data utama pelanggan jika mereka melanggan data tambahan ini.

Menariknya, bermula 26 Ogos sehingga 25 Oktober 2020 ini selari dengan kejohanan MPL MY/SG musim keenam ini, Yoodo menawarkan langganan tersebut dengan harga serendah RM1 sahaja dan lima pelanggan bertuah setiap minggu, berpeluang untuk memenangi 1,000 Diamonds di dalam permua tersebut sepanjang tawaran tersebut.

Yoodo sebelum ini juga menawarkan langganan data yang sama untuk permua PUBG Mobile, Call Of Duty: Mobile dan Arena Of Valor di mana ia juga ditawarkan dengan harga serendah RM5 sahaja untuk 20GB data.

Sohor Kini