Peperangan di antara Epic Games dan Apple telah memasuki mahkamah di Oakland dan keputusan awal untuk pembicaraan tersebut telah memberi “kemenangan” kepada kedua-dua pihak.
Keputusan yang dibacakan oleh hakim Yvonne Gonzalez Rogers telah membenarkan Apple untuk membuang Fortnite dari App Store kerana melanggar polisi tetapi di keputusan yang sama turut menghalang Apple dari menyekat Epic Games mengakses kepada SDK serta peralatan pembangunan yang akan memberi kesan kepada Unreal Engine.
Hakim mengatakan yang Epic Games telah melanggar polisi dengan menyertakan cara pembayaran secara terus, tetapi ia adalah untuk Fortnite sahaja dan tidak harus memberi kesan kepada Unreal Engine dan pihak lain yang menggunakan enjin tersebut.
Beliau juga mengatakan yang keputusan awal ini bukan menentukan keputusan sepenuhnya untuk kes di antara Epic Games dan Apple di mana mereka akan kembali ke mahkamah pada 28 September untuk menentu injuksi awal yang diminta oleh Epic Games.