Permainan Dinosaur Pelayar Chrome Kini Mendapat Mod Senjata

Bagi pengguna pelayar Google Chrome, anda mesti pernah bermain permainan Dinosaur yang akan hadir apabila menggunakan pelayar tersebut ketika tanpa sambungan Internet. MSCHF dan 100 Thieves telah mengambil permainan tersebut dan memberikan ia mod senjata iaitu Dino Swords.

Anda boleh mencuba mod tersebut di laman Dino Swords, dan ia boleh dimainkan di mana-mana pelayar, termasuk juga menggunakan telefon pintar.

Selain itu, mereka juga mengumumkan pemain dengan markah tertinggi dalam masa 7 hari akan menerima pelbagai ganjaran seperti ditampilkan di dalam video, pakaian dan pelbagai lagi.

Jom Cuba Dino Swords

Sohor Kini