Tencent dan PUBG Corp hari ini mengumumkan era baharu untuk PUBG Mobile selepas 3 tahun dikeluarkan. Melalui kemaskini utama ini, mereka berharap untuk membawa pengalaman bermain yang lebih baik. Kemaskini ini digelar sebagai Beyond Ace dan ia juga akan menjadi versi 1.0 untuk PUBG Mobile.

Video pengumuman untuknya boleh ditonton di bawah.

Melaluinya, mereka mempertingkatkan kualiti dan melakukan penambahan yang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu teknologi, UX dan mod permainan baharu;

  • Teknologi Baharu – Mereka telah mempertingkatkan kualiti model watak, grafik di dalam permainan dan juga rekaan persekitaran.
  • UX Baharu – Lobi yang lebih interaktif, antaramuka baharu dan animasi sistem yang dipertingkatkan.
  • Mod permainan baharu – buat masa ini mereka tidak berkongsi lanjut, sebaliknya mengatakan ia akan tiba pada 8 September ini.

Mereka juga mengumumkan yang PUBG Mobile Global Championship Musim Sifar akan bermula pada akhir November dengan hadiah terkumpul sebanyak $2 juta.

Era baharu ataupun PUBG Mobile 1.0 akan mula tiba kepada semua pemain pada 8 September ini secara percuma di iOS dan Android.

Sohor Kini