Skip to main content

Pernah atau tidak anda mengalami menonton wayang di skrin besar dan duduk di dalam kereta sahaja? Jika tidak, ini peluang anda kerana GSC, ParkEasy dan 1 Utama bekerjasama untuk CineDrive, iaitu wayang pandu masuk dengan skrin sebesar 52-kaki panel LED. Ia akan diadakan selama 10 hari sahaja, iaitu dari 28 Ogos sehingga 6 September.

Terdapat 25 filem akan ditayangkan, yang mana tidak akan ada ulang tayang dan setiap hari adalah filem berbeza mengikut masa-masa yang telah ditetapkan. Untuk sistem audio, anda perlu menggunakan radio pada kereta – kerana ia menggunakan sistem FM Radio untuk menyiarkan audio filem. Harga tiket adalah serendah RM80 untuk tempat parkir bebas dan RM110 untuk tiket VIP yang membenarkan anda memilih tempat parkir di kawasan zon yang mudah untuk menikmati filem.

Minuman dan bertih jagung adalah dari GSC, RM80 atau RM110 tadi adalah untuk sebuah kereta yang mana – mengikut maksimum kebenaran individu yang dibenarkan dalam sesebuah kereta. Lokasi CineDrive ini adalah di Dataran Car Park 1 Utama, bagi yang berminat tiket sudah boleh dibeli melalui laman rasmi CineDrive atau boleh dibeli melalui ParkEasy.

Leave a Reply