Skip to main content

Destiny 2 bakal menerima penambahan baharu iaitu Beyond Light pada 10 November. Ia juga merupakan permulaan untuk tahun ke-4 bagi permainan looter shooter ini. Dengan penambahan ini, Bungie juga akan membuang sebilangan kandungan lama.

Planet yang akan dibuang adalah Io, Titan, Mars, Mercury, and Leviathan oleh itu kandungan yang memfokuskan planet-planet tersebut juga akan dibuang. Ini termasuklah kandungan tahun pertama iaitu Red War, Curse of Osiris, dan Warmind. Ia merupakan kandungan yang diberikan secara percuma, namun pada November ini, bagi kandungan percuma, mereka akan memperkenalkan kandungan khusus yang akan memperkenalkan pemain mengenai Destiny 2.

Planet baharu yang disertakan adalah Cosmodrome dan Europa. Selain itu, aktiviti-aktiviti utama juga akan menerima penambahan dan juga pengurangan, iaitu untuk Strikes, Gambit, Crucible, dan Raids serta Dungeons. Beberapa misi untuk mendapat barangan Exotic seperti Sturm, Sleeper Simulant, The Last Word, dan Bad Juju juga akan dibuang. JIka anda ingin barangan Exotic tersebut pastikan anda menyelesaikan misi sebelum 10 November. Anda boleh layari blog Bungie untuk maklumat lanjut.

Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia boleh dimainkan secara percuma untuk kandungan terpilih.

Leave a Reply