Acara DC FanDome turut memberi informasi mengenai filem Shazam!. Nampaknya, ia tidak berhenti dengan Black Adam. Filem Shazam! adalah filem DC yang paling lucu, tidak menggunakan tema suasana gelap dan ngeri serta menghiburkan. Dalam panel filem Shazam! Zachary Levi, selaku pelakon watak Shazam! itu sendiri telah berkongsi serba sedikit informasi mengenai sekuel filem ini.
Bersama-sama dengan Zachary adalah; Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Faithe Herman, Meagan Good, Sinbad dan pengarah filem David F. Sandberg. Tidak banyak yang dikongsi oleh mereka, selain Sinbad (pelawak di Amerika Syarikat) akan berlakon dalam filem ini dan juga pengumuman bagi judul filem sekuel Shazam!. Judul filem ini adalah; SHAZAM! : Fury Of Gods. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada November 2022. Sama-sama kita nantikan.