Black Adam adalah filem yang berlaku dalam dunia Shazam. Sebelum ini sudah pun ada pengesahan yang Black Adam akan dimainkan oleh Dwayne The Rock Johnson, yang mana merupakan penjahat dalam komik Shazam. Kuasa beliau adalah sama seperti Shazam, tetapi disebabkan tamak dengan kuasa – beliau berubah dari baik kepada jahat. Projek filem Black Adam ini sudah dibangunkan selama 10 tahun dan kini ada informasi baru mengenainya.




Di acara DC FanDome, informasi baru mengenai filem ini telah diperlihatkan. Ia adalah sesuatu yang amat kami puas hati dan membuatkan rasa tidak sabar untuk tonton filemnya kelak. The Rock telah mengumumkan beberapa watak yang akan muncul dalam filem ini, iaitu Hawkman, Doctor Fate, Cyclone and Atom Smasher (lakonan Noah Centineo). Black Adam pula dimainkan oleh The Rock sendiri. Filem ini akan memfokuskan kepada Justice Society bertempur dengan Black Adam.
Rekaan konsep Black Adam turut diperlihatkan, bagi yang berminat – anda boleh bayangkan bagaimana rupa The Rock dalam kostum Black Adam.




Tidak banyak butiran mengenai filem ini yang didedahkan. Tetapi apa yang pasti, ia membuatkan rasa tidak sabar. Ini juga kali pertama The Rock akan terlibat dengan dunia adiwira DC Universe, yang mana selama ini beliau banyak berlakon untuk filem kekeluargaan. Tarikh, sinopsis dan senarai pelakon lain masih belum diketahui. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.