Skip to main content

Crytek sebelum ini telah menunda Crysis Remastered selepas video acah untuk permainan tersebut menerima kritikan kerana tidak membawa perubahan grafik yang ketara. Hari ini, mereka akhirnya mengumumkan yang ia akan dikeluarkan pada 18 September 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC (secara eksklusif untuk Epic Games Store).

Mereka juga berkongsi video teknikal untuknya, di mana mereka telah memperlihatkan perbandingan di antara versi asal dan versi Remastered ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Kami boleh katakan, apa yang diperlihatkan melalui video di atas membawa perubahan yang ketara. Namun, ia sudah semestinya berdasarkan PC spesifikasi tinggi. Masih tidak pasti lagi untuk versi PS4 dan Xbox One yang sudah semestinya tidak menyokong tekstur 8k dan juga Ray Tracing. Crysis Remastered sudah pun dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Leave a Reply