Skip to main content

Fortnite dan Marvel hari ini telah mengacahkan acara bersama antara mereka pada 27 Ogos ini. Ia juga merupakan tarikh di mana musim baharu untuk Fortnite akan bermula, adakah kita akan mendapat acara bersama sepanjang musim ini? Perkara ini telah diumumkan melalui akaun Twitter Fortnite dan juga Marvel.

Berdasarkan emoji serta gambar yang digunakan, Ia adalah berkait dengan Thor, di mana dia mungkin hadir sepertimana Deadpool hadir sebelum ini, di mana pemain akan diberikan misi tersendiri untuk mendapatkan barangan berdasarkan kostum tersebut.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga permainan mudah alih. Fortnite juga baru sahaja mengumumkan mereka mengajurkan kejohanan Free Fortnite, pada 24 Ogos ini.

Leave a Reply