Bandai Namco hari ini mengumumkan kemaskini baharu buat pemrainan perlawanan My Hero One’s Justice 2 di mana ia menyertakan beberapa fungsi tambahan dan juga watak baharu.

Antara kandungan yang disertakan adalah keseimbangan watak dan juga mod foto yang tiba buat semua pemain. Bandai Namco juga akhirnya melancarkan watak DLC Nomu buat semua pemain secara percuma.

Bersempena dengan kemaskini ini, pemain juga boleh dapatkan watak mei Hatsume melalui DLC yang dijual secara berasingan ataupun melalui pas musim.

My Hero One’s Justice 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Sohor Kini