Nexon hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan kandungan baharu buat permua Maple Story M seperti fungsi MapleMon baharu dan juga musuh baharu.

Melalui kemaskini baharu ini, pemain kini berupaya untuk bertempur ketua musuh baharu di Root Abyss iaitu Vellum di mana ia pasti akan memberi cabaran buat pemain. Selain itu, pemain juga berupaya untuk terokai kawasan Starforce Field dengan lokasi baharu Cave Of Trials di mana ia akan menyertakan pelbagai ganjaran buat pemain.

Nexon juga menyertakan acara khas Maplemon yang mana pemain boleh bermain bersama haiwan peliharaan mereka dan mendapatkan ganjaran lain.

Maple Story M merupakan permainan RPG berbentuk dua dimensi di mana ia adalah berdasarkan siri permainan Maple Story yang sangat terkenal sebelum ini. Dengan pelancarannya sebagai versi permua, ia menerima pelbagai kandungan dan bagi anda yang berminat, ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.

Sohor Kini