Square-Enix hari ini mengumumkan yang mana mereka akhirnya membawa acara kolaborasi khas buat permua Final Fantasy Brave Exvius dengan permainan Final Fantasy VII Remake.

Seperti kebanyakan acara kolaborasi mereka sebelum ini, acara tersebut akan membawa watak-watak khas dari Final Fantasy VII Remake seperti Cloud, Tifa dan juga Barret.

Menariknya, dengan fungsi baharu watak Neo Vision, Square-Enix juga akan memperkenalkan kemahiran Brave Shift yang akan mengubah bentuk pertempuran sesuatu watak dan bagi watak Cloud, ia akan tiba bersama motosikal Hardy-Daytona.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan kandungan baharu buat permua ini termasuklah informasi berkenaan acara mingguan yang kini sedang berlangsung, anda boleh ke Facebook rasmi permua tersebut.

Final Fantasy: Brave Exvius telah pun dilancarkan di peranti iOS dan Android secara percuma di mana ia kini sudah pun mencapai 45 juta muat-turun secara global.

Sohor Kini