Siri TV Warrior Nun Diperbaharui Untuk Musim Kedua

Warrior Nun adalah siri TV adiwira aksi nyata yang diadaptasi dari komik Warrior Nun Areala. Siri TV ini disiarkan secara eksklusif di Netflix. Ia mengisahkan seorang biarawati yang menentang dengan pelbagai makhluk dari neraka. Ava Silva, iaitu watak utama siri TV ini menyedari beliau ada kuasa luar biasa – dan menggunakannya bagi menyelamatkan dunia.

Musim pertama sudah pun tamat, kini Netflix tekah mengesahkan yang siri TV ini diperbaharui untuk musim kedua. Walau bagaimanapun, masih tiada butiran bagaimana musim kedua ini akan diteruskan – seperti jalan cerita, kemunculan watak baru atau makhluk mana pula akan muncul. Tarikh siaran juga masih belum diumumkan, kerana Netflix hanya memberitahu yang pelakon-pelakon asal akan kembali dalam musim baru ini.

Sohor Kini