Bersempena dengan ulang tahun ke-5 buat permainan Horizon Chase, Aquiris Game Studios hari ini mengumumkan pelbagai acara dan kandungan khas akan tiba buat permainan tersebut.
Horizon Chase, merupakan permainan perlumbaan dengan konsep grafik dan bentuk permainan retro di mana ia sebelum ini dilancarkan di iOS dan Android sebagai permainan mudah-alih dan kemudian menerima versi konsol iaitu Horizon Chase Turbo.
Bermula 20 Ogos sehingga 1 September, pemain boleh dapatkan pelbagai kandungan tambahan seperti kenderaan Cruiser yang berwarna hitam eksklusif khas. Bersempena dengan itu, Aquiris Game Studio juga menawarkan diskaun sebanyak 60% untuk edisi premium buat permainan tersebut di App Store dan Play Store bermula minggu ini sehingga 27 Ogos ini.
Selain itu, Aquiris Game Studio juga menyatakan yang mana permainan ini juga telah pun mencapai 50 juta muat-turun dan pada masa akan datang, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan termasuklah kedai dalam-talian khas yang pemain boleh dapatkan pelbagai kandungan seperti kenderaan berlainan dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, Horizon Chase boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android dengan nama permainan Horizon Chase: World Tour. Kami juga sebelum ini mengulas versi PlayStation 4 di mana anda boleh bacanya di sini.