Skip to main content

Amazon Games hari ini mengumumkan perjanjian eksklusif bersama dengan studio pembangun dari Korea Selanta Smilegate untuk menerbitkan permainan MMORPG baharu mereka Lost Ark di Amerika Utama dan Eropah.

Lost Ark buat masa dilancarkan di Korea Selatan dan Russia. Berdasarkan kenyataan akhbar, permainan ini akan dilancarkan pada tahun hadapan. Namun, tiada tarikh tetap yang diumumkan.

Bagi pemain di Asia Tenggara, Smilegate mempunyai cawarangan di benua ini, oleh itu kemungkinan besar akan menerbitkan permainan tersebut secara sendiri di sini, jika ia tiba.

Smilegate popular dengan permainan Crossfire, manakala Amazon Games pula sudah menerbitkan permainan Crucible dan mereka juga akan mengeluarkan permainan MMORPG sendiri iaitu New World yang juga dijangka tiba pada tahun hadapan.

Leave a Reply