DC FanDome akan berlangsung tidak lama lagi. Acara ini akan memperlihatkan banyak video acah filem-filem DC dan juga pelbagai siri TV. Selain itu, pelbagai informasi yang belum didedahkan akan diumumkan dalam DC FanDome ini. Salah satu yang ramai nanti-nantikan adalah video acah The Batman. Ciapan dari @DCComics di Twitter mengesahkan yang video acah ini akan dipelrihatkan.

Matt Reeves selaku pengarah bagi filem The Batman yang mana, Robert Pattinson adalah pelakon yang membawa watak Bruce Wayne/Batman ketika muda – telah memperlihatkan logo rasmi bagi filem ini dan juga poster khusus untuk acara DC FanDome.

Bagi yang tidak tahu, logo Batman baharu ini adalah berasaskan dari kostum Batman baharu yang diperlihatkan pada bulan Februari lalu. Kostum baru Batman menggunakan satu lambang Batman yang unik. Ia dikatakan dibina dari pistol yang penjahat gunakan untuk membunuh Thomas & Martha Wayne. Untuk poster, ye jelas sekali ia bukannya poster untuk filem – yang mana mungkin akan didedahkan kemudian. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai The Batman.

Sohor Kini