Company of Heroes Untuk iOS Dan Android Akan Tiba September Ini

Feral Interactive akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran Company of Heroes untuk iOS dan Android iaitu ia akan tiba pada 10 September 2020. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Company of Heroes merupakan permainan strategi masa nyata yang berdasarkan perang semasa Perang Dunia ke-2. Ia akan menyokong semua iPhone daripada 6s dan terbaru, manakala berikut adalah senarai telefon android yang disokong secara rasmi.

• Google Pixel 2 atau terbaru
• Samsung Galaxy S8 atau terbaru
• Samsung Galaxy Note8 atau terbaru
• OnePlus 5T / 6T / 7 / 8
• Sony Xperia 1 / XZ2 Compact
• HTC U12+
• LG V30+
• Motorola Moto Z2 Force
• Nokia 8
• Xiaomi Mi 6 / Mi 9 / Mi 9T
• Xiaomi Pocophone F1
• Xiaomi Redmi Note 8 Pro

Anda boleh pra-daftar melalui Play Store, di App Store ia sudah dijual tetapi hanya boleh dimainkan di iPad sahaja sehingga 10 September ini.

Sohor Kini