Skip to main content

Sepertimana diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store telah menawarkan Enter the Gungeon dan God’s Trigger sebagai permainan percuma mingguan mereka. Pemain kini boleh mula menebus kedua-dua permainan tersebut melalui laman web Epic Games Store ataupun melalui klien.

Enter the Gungeon sudah ditawarkan secara percuma di Epic Games Store pada tahun lepas, jika anda tidak berkesempatan sebelum ini, ini adalah peluang anda. Ia merupakan permainan roguelike dan dungeon crawler yang dibangunkan oleh Dodge Roll serta diterbitkan oleh Devolver Digital untuk hampir kesemua platform pada tahun 2016.

Satu lagi permainan adalah God’s Trigger iaitu permainan aksi menembak pandangan atas. Sesuai bagi anda yang menyukai siri permainan Hotline Miami. Ia dibangunkan oleh One More Level dan diterbitkan oleh Techland sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Anda boleh tebus permainan ini secara percuma sehingga 27 Ogos 2020 sebelum digantikan dengan permainan Hitman dan Shadowrun Collection.

[download]Epic Games Store: Enter the Gungeon[/download] [download]Epic Games Store: God’s Trigger[/download]

Leave a Reply