Bagi anda yang masih tertanya-tanya apakah itu No Straight Roads, Sold Out dan Metronomik telah berkongsi video pengenalan untuk permainan sulung oleh studio pembangun Malaysia ini.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Seperti mana kami sudah kongsikan di dalam pandang pertama untuk permainan ini, pemain akan mengawal watak MayDay dan Zuke iaitu pemuzik rock untuk melawan empayar No Straight Roads yang mengharamkan muzik rock.
Dari segi pertempuran pula, ia mementingkan irama muzik. Oleh kerana serangan akan mempunyai penunjuk visual yang sedikit, pemain perlu mendengar rentak muzik untuk mengetahui serangan yang akan hadir.
Pemain juga dapat melakukan pelbagai pengubahsuaian seperti kebolehan dan juga pelekat yang memberikan kuasa berlainan. No Straight Roads akan dikeluarkan pada 25 Ogos ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga diumumkan untuk Switch tetapi akan tiba September ini.