Minggu ini, Neowiz akhirnya melancarkan permua Kingdom Of Heroes: Tactics Wars secara rasmi buat pasaran global bagi peranti iOS dan Android secara percuma.
Kingdom Of Heroes: Tactics Wars merupakan permainan mudah-alih RPG yang memfokuskan raja Arthur ketika muda di saat beliau ingin melindungi Avalon daripada ditakluk kuasa jahat.
Dengan elemen pelbagai watak yang pemain boleh kumpulkan bersama bentuk pertempuran taktikal secara turutan dengan elemen segi enam, permua ini juga menyertakan pelbagai elemen pernaik-tarafan watak dan juga pelbagai kemahiran yang pemain boleh pelajari.
Bersempena dengan pelancarannya, Neowiz juga umum acara khas kini berlangsung di mana pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran kristal khas. Bagi anda yang berminat, Kingdom Of Heroes: Tactics Wars boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.
[download] Muat-Turun iOS: Kingdom Of Heroes: Tactics Wars[/download] [download] Muat-Turun Android: Kingdom Of Heroes: Tactics Wars[/download]