Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Bloober Team mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Observer buat konsol generasi akan datang iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X dengan nama permainan Observer: System Redux.
Terkini, mereka akhirnya berkongsi satu video khas yang memperlihatkan berbandingan visual permainannya berbanding versi konsol sebelum ini.
Menurut Bloober Team, antara pernaik-tarafan yang akan tiba adalah animasi dan model baharu, kesan pencahayaan yang ditingkatkan dengan aset resolusi tinggi. Selain itu, mereka juga mengesahkan bentuk permainan dengan resolusi 4K dan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS. Bloober Team juga menyatakan versi ini akan menyertakan watak dan penceritaan baharu untuk menambahkan lagi kandungan permainannya.
Observer sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol dan PC yang mana ianya memfokuskan bentuk dan penceritaan permainan seram yang bertemakan Cyberpunk. Bagi versi pernaik-tarafan ini, ia akan tiba sekitar penghujung tahun ini.