Valve hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali acara Steam Game Festival pada bulan Oktober ini sempena musih luruh.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan acara Steam Game Festival, ia merupakan acara khas oleh Valve di mana pemain berupaya untuk mencuba pelbagai demo-demo permainan akan datang oleh pelbagai pembangun secara percuma. Pada masa yang sama, acara tersebut juga akan memperlihatkan pelbagai sesi temu bual bersama pembangun dan juga pelbagai acara penstriman khas.
Menurut Valve, Steam Game Festival musim luruh akan bermula pada 8 hingga 14 Oktober ini pada jam 1 pagi. Valve juga menyatakan mereka merancang untuk mengadakan dua algi acara ini pada Februari 2021 dan Jun 2021 kelak.
Untuk informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi Steam Game Festival: Autumn Edition.