Selepas pengumuman berkenaan rekaan baharu buat Microsoft Store sebelum ini, Microsoft hari ini mengumumkan yang mana mereka turut akan mengubah keseluruhan paparan antaramuka buat peranti Xbox menjelang penghujung tahun ini.

Menurut Microsoft, paparan antaramuka baharu ini akan tiba di Xbox Series X, Xbox One dan juga segala aplikasi Xbox di peranti telefon pintar.

Menurut Xbox, pengubah-suaian ini adalah untuk memastikan segala ekosistem Xbox mudah untuk pengguna uruskan. Antara kemaskini utama yang diperlihatkan adalah rekaannya yang berwarna gelap dengan menu yang lebih tersusun.

Microsoft juga mengumumkan yang mana rekaan ini juga akan meningkatkan prestasi paparan dengan pelbagai tetapan baharu seperti latar belakang beranimasi.

Menurut Microsoft, rekaan ini akan tiba secara berperingkat dan seperti yang kami laporkan sebelum ini, konsol generasi mereka seterusnya iaitu Xbox Series X juga bakal tiba November ini.

Sohor Kini