Seperti yang tertiris sebelum ini, hari ini Activision akhirnya mengumumkan permainan Call Of Duty seterusnya iaitu Call Of Duty: Black Ops Cold War.
Bersempena dengan itu, mereka berkongsi satu video acah khas yang mana ia memperlihatkan pelbagai elemen peperangan. Menariknya, video tersebut juga menyatakan yang mana mereka akan mengumumkan permainan tersebut secara rasmi pada 26 Ogos 2020.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan berdasarkan beberapa laporan, permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War ini dibangunkan oleh Treyarch dan Raven Software di mana mereka sememangnya terlibat dengan siri permainan Call Of Duty: Black Ops sebelum ini.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.