Take-Two Mengambil Alih Studio Pembangun Two Dots

Take-Two Interactive iaitu syarikat induk untuk studio pembangun seperti Rockstar Games, dan juga studio penerbitan 2K umum yang mereka telah mengambil alih studio Playdots Inc iaitu pembangun untuk permainan mudah alih Dots, Dots & Co dan Two Dots.

Pengambilalihan ini bernilai $192 juta, di mana $90 juta dibayar secara tunai dan $102 juta melalui pemilikan saham. Walaupun selepas pengambilalihan ini, operasi masih berfungsi seperti biasa di mana CEO Nir Efrat akan terus kekal dan 70 pekerja kini menjadi sebahagian Take-Two.

Ketiga-tiga permainan mereka boleh dimuat turun di iOS dan Android, ia dilaporkan telah menerima 100 juta jumlah muat turun.

Sohor Kini