BTS Universe Story Kini Boleh Di Pra-Daftar Untuk iOS Dan Android

Selepas kejayaan permainan mudah alih BTS World, Netmarbel pada tahun lepas mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan satu lagi permainan berdasarkan kumpulan K-Pop popular BTS. Permainan tersebut adalah BTS Universe Story yang akan tiba untuk iOS dan Android.

Ia adalah permainan interaktif penceritaan di mana pemain boleh menghasilkan penceritaan tersendiri menggunakan peralatan yang disediakan di dalam permainan dan kongsinya bersama dengan pemain lain. Ia juga membolehkan pemain untuk memilih pakaian bagi ahli-ahli BTS.

Minggu ini, Netmarble akhirnya membuka pra-daftar bagi permainan tersebut. Anda boleh melakukannya melalui pautan ini, untuk mendapat peringatan apabila mereka mengumumkan tarikh pengeluaran kelak.

Sohor Kini