KLab Games hari ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan permainan Bleach: Brave Souls secara rasmi di di Steam.
Permainan tersebut merupakan permainan percuma yang dilancarkan di peranti iOS dan Android beberapa tahun lepas dan telah mencapai jumlah muat-turun melebihi 50 juta muat-turun.
Bleach: Brave Souls merupakan permainan aksi 3 dimensi yang mempunyai visual grafik comel dengan elemen “Chibi”. Ia menyertakan pelbagai pilihan watak untuk pemain dan menyertakan penceritaan khas berdasarkan siri asal anime tersebut bermula dari Ichigo bertemu Rukia.
Menariknya, permaian ini juga menyertakan bentuk permainan secara multi-pemain dan juga dengan versi PC, ia mempunyai pelbagai pernaik-tarafan visual dan kawalan khas melaluinya. Anda juga boleh menyambung fail permainan dari versi permua ke versi PC secara terus.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma di Steam.
Muat-Turun Steam: Bleach: Brave Souls