Skip to main content

Hujung tahun lepas, Galatic Cafe mengumumkan yang mana mereka akan menunda permainan The Stanley Parable: Ultra Deluxe ke tahun ini dan kini tampaknya permainan tersebut sekali lagi ditunda sehingga suku pertama tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dilakukan di akaun Twitter rasmi Crows Crows Crows iaitu pembangun permainan tersebut di mana mereka berkongsi pelbagai imej daripada kenyataan-kenyataan rasmi oleh pembangun lain dan mengubah beberapa ayat di dalamnya.

Seperti kebanyakan studio lain, penundaan ini adalah untuk tingkatkan kualiti permainan tersebut dan berdasarkan kenyataan mereka, kelihatan pandemik yang berlaku sekarang ini juga memberi kesan terhadap permainan tersebut. Mereka juga menyatakan yang mana permainan tersebut mungkin akan menyertakan beberapa pengakhiran tambahan lain.

The Stanley Parable: Ultra Deluxe merupakan permainan tambahan bagi versi asal Stanley Parable yang dilancarkan pada 2013 lepas di PC melalui Steam. Melalui versi ini, ia juga turut diumumkan akan tiba di konsol dan menyertakan pelbagai kandungan tambahan.

Leave a Reply