Skip to main content

Nintendo hari ini mengadakan acara penstriman khas Indie World yang mana mereka memperlihatkan sebilangan permainan-permainan oleh pembangun Indie yang akan tiba di konsol Switch.

Terdapat pelbagai permainan yang diperlihatkan termasuklah beberapa permainan yang telah pun diumumkan sebelum ini yang mana kini menerima tarikh pelancaran dan kemaskini baharu.

Berikut adalah keseluruhan senarai permainan yang diumumkan.

Hades

Pengumuman pertama adalah permainan Hades oleh Supergiant Games di mana ia diumumkan akan tiba di Switch sekitar suku keempat tahun ini.

Pada masa yang sama, Supergiant Games juga mengumumkan yang mana versi PC permainan tersebut juga akan meninggalkan akses awal kelak.

Hades merupakan permainan yang memfokuskan bentuk pengembaraan dengan kamera isometrik di mana pemaina kan bermain sebagai anak kepada Hades dan ianya bertemakan ketuhanan Yunani.

Hypnospace Outlaw

No More Robots juga mengumumkan permainan Hypnospace Outlaw akan tiba di konsol pada 27 Ogos 2020 ini di konsol PlayStation 4, Switch dan juga di Xbox One melalui Xbox Game Pass.

Hypnospace Outlaw merupakan permainan simulasi Internet di mana pemain akan mengembara di dalam dunia laman maya dengan menemui pelbagai jenis aplikasi dan juga perlu mengelak virus. Menariknya versi konsol permainan ini juga akan menerima kandungan baharu seperti beberapa laman baharu dan juga kandungan aplikasi dan permainan baharu.

Spiritfarer

Spiritfarer iaitu permainan pengurusan roh kematian yang diumumkan sebelum ini akhirnya dilancarkan secara rasmi bermula hari ini di konsol Switch.

Menariknya, permainan ini juga turut dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One melalui langganan Xbox Game Pass dan juga di PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG.

Melalui Spiritfarer, pemain akan bermain sebagai Stella dan perlu mengurus roh-roh di atas satu kapal sebelum mereka meninggal dunia sepenuhnya. Pemian perlu memasak, mengurus bilik dan sebagainya untuk roh tersebut supaya mereka menghasilkan kenangan memori yang baik sebelum mereka meninggalkan dunia tersebut selamanya.

Garden Story

Garden Story merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan pembinaan berkebun. Ia sebelum ini diumumkan untuk versi PC dan kini melalui acara Indie World ini, Rose City Games mengumumkan ia akan tiba di Switch sekitar tahun hadapan.

Subnautica

Subnautica merupakan permainan yang dibangunkan oleh Unknown Worlds yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup futuristik di dalam air dimana pemain perlu menghasilkan barangan, memandu kapal selam dan mengembara di dalam dunia lautan untuk meneruskan hidup.

Ketika acara Indie World, Unknown Worlds mengumumkan yang mana permanian tersebut akan tiba di konsol Switch bersama kandungan Subnautica: Below Zero pada awal 2021. Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Takeshi & Hiroshi

Takeshi & Hiroshi sebelum ini telah pun dilancarkan di Apple Arcade tahun lepas dan kini Oink Games mengumumkan permainan tersebut turut akan tiba di Switch bermula hari ini.

Takeshi & Hiroshi merupakan permainan RPG yang memfokuskan elemen dunia animasi patung di mana pemain akan bermain sebagai adik dan abang yang ingin menghasilkan satu permainan video.

Raji: An Ancient Epic

Raji: An Ancient Epic merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Nodding Heads Games. Ia merupakan satu permainan bertempatkan di India dengan pelbagai budaya India.

Permainan ini kini telah pun dilancarkan di Switch dan ia dirancang untuk dilancarkan di konsol dan PC sekitar tahun ini.

Bear & Breakfast

Bear & Breakfast merupakan permainan pengurusan haiwan di mana pemain menghasilkan satu penginapan di hutan. Dengan pelbagai tetapan pilihan bilik dan kemudahan, pemain perlu menghasilkan satu ‘hotel’ yang akan menarik minat haiwan dan pada masa yang sama menemui pelbagai jenis watak haiwan lain.

Permainan ini diumumkan akan tiba di Switch dan PC sekitar tahun hadapan.

A Short Hike

A Short Hike merupakan permainan pengembaraan di mana pemain akan bertebang di kawasan pergunungan. Menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan kebebasan buat pemain untuk terokai kawasan tersebut dan pada masa yang sama mencari pelbagai harta karun yang tersembunyi.

Ia sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan kini ia tiba secara rasmi di Switch.

Card Shark

Card Shark pula merupakan permainan kad berdasarkan abad ke 18 di mana pemain berupaya untuk menipu dan melakukan pelbagai helah untuk memenangi permainan kad tersebut.

Menurut Devolver Digital, ia akan tiba sekitar tahun hadapan di konsol Switch dan PC melalui Steam.

Torchlight 3

Echtra Games hari ini akhirnya mengumumkan permainan Torchlight 3 akan meninggalkan akses awal dan akan dilancarkan secara rasmi sekitar suku keempat tahun ini.

Ketika pengumuman di Indie World, selain daripada pelancaran di konsol PlayStation 4 dan Xbox One, mereka juga mengumumkan permainan turut akan tiba di Switch. Pada masa yang sama, versi Switch juga akan menerima haiwan peliharaan eksklusif khas Red Fairy.

Manifold Garden

Permainan Manifold Garden sebelum ini dilancarkan di PC dan di Apple Arcade di mana ia adalah permainan tekaria pengembaraan.

Ketika acara Indie World, William Chyr Studio mengumumkan yang mana ia kini tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch secara rasmi.

Evergate

Evergate merupakan permainan pengembaraan oleh Stone Lantern Games dan PQube di mana ia diumumkan kini tiba secara rasmi di konsol Switch. Permainan ini sebelum ini juga diumumkan akan tiba di konsol lain dan juga di PC.

Ketika acara Indie World ini, Nintendo juga memperlihatkan pelbagai permainan-permainan lain yang disenaraikan di bawah:

  • Haven (Bakal tiba tahun ini)
  • Going Under (Akan tiba 24 September 2020)
  • The Red Lantern (Bakal tiba suku keempat tahun ini)
  • Unrailed (Akan tiba 23 September 2020, demo kini boleh dimuat-turun)
  • Struggling (Akan tiba 27 Ogos 2020)
  • INMOST (Akan tiba 21 Ogos 2020)
  • She Dreams Elsewhere (Bakal tiba awal 2021)
  • Grindstone (Bakal tiba suku keempat tahun ini)
  • Gonner 2 (Bakal tiba suku keempat tahun ini)

Untitled Goose Game

Pengumuman terakhir untuk acara ini adalah pengumuman kandungan baharu buat permainan Untitled Goose Game di mana House House mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan bentuk multi-pemain secara koperasi.

Menurut mereka, kemaskini ini akan tiba pada 23 September 2020 ini buat semua platform.


Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan pengumuman tersebut anda boleh menontonnya melalui video di bawah.

Leave a Reply