Skip to main content

Arkane Lyon hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menunda permainan Deathloop ke suku kedua tahun hadapan. Permainan tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan sekitar penghujung tahun ini di konsol PlayStation 5 dan PC.

Menurut kenyataan rasmi Arkane Lyon di Twitter, atas sebab pembangun-pembangun mereka banyak bekerja dari rumah atas sebak pandemik sekarang ini, beberapa aspek pembangunan mengambil sedikit masa berbanding biasa. Oleh sebab itu mereka mengambil keputusan untuk menunda permainan tersebut ke suku kedua tahun hadapan.

Semestinya penundaan permainan atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) ini boleh dikatakan satu kebiasaan atas sebab ramai pembangun yang bekerja dari rumah. Namun dengan keadaan yang tidak semakin pulih ini, kami juga percaya akan terdapat banyak lagi permainan-permainan lain akan ditunda kelak.

Dengan ini kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Arkane Lyon dan Bethesda Softworks.

Leave a Reply