Melalui laporan Hollywood Reporter, Snoot Entertainment iaitu studio yang terlibat dengan produksi filem Blindspotting dan Little Monster mengumumkan yang mana mereka akan menghasilkan filem berdasarkan permainan Firewatch.

Bagi anda yang tidak tahu berkenaan Firewatch, ia adalah permainan yang dibangunkan oleh Campo Santo yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol dan PC. Permainan tersebut bertempatkan di tahun 1989 di Wyoming, Amerika Syarikat di mana pemain akan bermain sebagai Henry seorang pengawal hutan.

Laporan tersebut juga menyatakan yang mana Keith Calder dan Jess Wu Calder akan menerbitkan filem tersebut bagi pihak Snoot Entertainment manakala Sean Vanaman dan Jake Rodkin pula dari Campo Santo.

Buat masa ini, masih tiada informasi lanjut berkenaan filem tersebut mahupun tarikh pelancaran ataupun barisan pelakon.

Sohor Kini