Skip to main content

Setelah mengumumkan permainan realiti-maya berdasarkan siri anime Little Witch Academia tahun lepas, UNIVRS kini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut secara rasmi.

Menurut pembangun, permainan tersebut akan tiba 13 Oktober 2020 ini di Oculus Quest dahulu dan versi PlayStation VR, Oculus Rift dan SteamVR akan dilancarkan sekitar awal 2021.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Little Witch Academia: VR Broom Racing merupakan permainan realiti-maya berdasarkan siri anime Little Witch Academia di mana pemain berupaya untuk mengembara dan terbang dengan menggunakan penyapu seakan seorang ahli sihir.

Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan kedua-dua suara latar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun dan ia menyertakan pelbagai watak daripada siri tersebut seperti Akko, Lotte dan Sucy yang dilakonkan oleh pelakon suara latar asal siri anime tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini di Oculus Quest menjelang bulan hadapan.

Leave a Reply