Demon Slayer boleh dikatakan siri manga dan juga siri anime yang sangat popular sejak ia tiba di pasaran. Ini ditambah lagi musim pertama untuk anime telah sedia untuk ditonton melalui Netflix.
Jadi tidak mengejutkan jika Uniqlo mengambil peluang untuk mengeluarkan Tshirt berdasarkan siri tersebut. Selepas dikeluarkan di Jepun, siri Manga UT Demon Slayer akhirnya akan tiba di Malaysia pada 24 Ogos ini.
Terdapat 8 rekaan berbeza dan setiapnya dijual dengan harga RM39.90. Ia boleh didapati melalui secara dalam talian ataupun di mana-mana cawangan mereka.