Jun lepas, Nintendo melancarkan satu permainan percuma buat peranti iOS, Android dan juga konsol Switch iaitu Pokémon Cafe Mix di mana dua bulan kemudian, permainan tersebut kini mencapai 5 juta muat-turun.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, Nintendo hari ini mengumumkan mereka akan sertakan ganjaran khas buat pemain.

Bagi mereka yang log masuk antara 16 sehingga 29 Ogos ini, Nintendo akan menyediakan ganjaran 5,000 biji ek emas dan kemahiran tekaria bersiul menegak dan mendatar.

Selain itu, Grookey juga akan tiba sebagai pelangan khas bermula 11 hingga 25 Ogos di mana anda boleh menyediakan pelbagai menu minuman dan makanan buat Pokémon tersebut. Nintendo juga umum akan terdapat pelbagai lagi Pokémon tambahan akan tiba seperti Wobbuffet, Bulzel dan Audino. Jika pemain sering menghidangkan makanan yang sedap buat mereka, pemain juga mungkin akan menjumpai Pokémon Celebi.

Bagi anda yang berminat, Pokémon Cafe Mix telah pun dilancarkan secara percuma di iOS, Android dan juga Switch.

Sohor Kini