Skip to main content

Berdasarkan senarai jualan permainan di Amazon, permainan Need For Speed: Hot Pursuit Remastered secara tidak sengaja disenaraikan.

Walaupun senarai tersebut telah pun dipadam, beberapa pelawat sempat untuk berkongsi imej senarai tersebut yang mana ia diperlihatkan akan tiba pada 13 November ini. Senarai tersebut juga memperlihatkan versi Xbox One dan Switch sahaja, namun kami percaya ia mungkin akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada tarikh yang sama.

Buat masa ini, Electronict Arts mahupun Criterion Games tidak mengumumkan sebarang pengumuman rasmi berkenaannya. Namun kami percaya ia mungkin akan diumumkan kelak.

Need For Speed: Hot Pursuit merupakan permainan perlumbaan yang asalnya dilancarkan pada 2010 lepas di konsol PlayStation 4, Xbox 360 dan PC. Ia merupakan permainan olahan semula berdasarkan siri Need For Speed yang dilancarkan lebih dari 20 tahun lepas dengan elemen kereta mewah dan polis.

Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut jika ia diumumkan oleh EA kelak.

Leave a Reply