Selepas pengumuman DLC musim ketiga buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ sebelum ini dengan watak Kefla dan Goku Ultra Instinct, hari ini Bandai Namco mengumumkan watak DLC seterusnya adalah watak Pendekar Penyu ataupun Master Roshi.

Menurut Bandai Namco, watak tersebut akan dilancarkan sekitar bulan September ini.

Bagi peminat siri Dragon Ball Z, anda pasti mengetahui watak Pendekar Penyu di mana beliau adalah guru asal seni mempertahan diri Goku ketika awal siri tersebut, Dragon Ball. Berdasarkan video acah di atas, beliau juga mempunyai kemahiran Evil Containment Wave di mana ia asalnya dicipta oleh Mutaito.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini