Tencent telah mengumumkan yang PUBG Mobile Pro League MY/SG untuk musim ke-2 akan bermula pada 19 Ogos ini, di mana ia akan memperlihatkan 24 pasukan dari Malaysia dan Singapura bertanding untuk merebut hadiah terkumpul $150 ribu.
Pasukan dari Malaysia iaitu sebanyak 20 pasukan terdiri daripada 15 pasukan yang dijemput dari musim 1, dan 5 lagi adalah pasukan terbaik dari PUBG Mobile Malaysia National Championship. Bagi Singapura pula, ia terdiri daripada 4 pasukan yang layak melalui pusingan kelayakan berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos lepas.
Senarai pasukan adalah seperti berikut;
Bagi format kejohanan pula, 24 pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan, setiapnya mempunyai 8 pasukan. Semasa perlawan musim iaitu bermula 19 Ogos sehingga 13 September, setiap pasukan di dalam setiap kumpulan akan lawan dengan satu kumpulan lain. 16 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangung pada 25 – 27 September.
Sebagai penyiar rasmi, penstriman langsung untuk kesemua perlawanan akan di siar di laman FB rasmi untuk PUBG Mobile. PUBG Mobile boleh didapati untuk iOS dan Android.