EA dan Respawn Entertainment sebelum ini telah berkongsi mengenai penambahan yang akan disertakan melalui musim ke-6 Apex Legends iaitu Boosted. Antara penambahan adalah watak iaitu Rampart yang sebelum ini telah menerima video animasi pengenalan.
Minggu ini, mereka berkongsi pula video permainan untuk watak tersebut, di mana segala kebolehan diperlihatkan. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Berikut adalah kebolehan untuk Rampart;
- Kebolehan Taktikal – Amped Cover, membina satu perisai dan Rampart ataupun rakan boleh berselindung tetapi masih memberi ruang untuk melakukan serangan.
- Kebolehan Pasif – Modded Loader, akan mempunyai jumlah peluru tambahan jika menggunakan senjata LMGs dan Minigun.
- Kebolehan Utama – Minigun ‘Sheila’, meletakkan satu minigun yang mempunyai jumlah peluru yang banyak tetapi kadar isi semula peluru yang lama. Selepas diletakkan, ia boleh digunakan oleh semua pemain.
Rampart dan musim baharu untuk Apex Legends akan tiba secara rasmi esok, sementara itu anda boleh tonton video bentuk permainan untuknya di bawah.
Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.