Seperti mana diumumkan sebelum ini, Ubisoft akhirnya berkongsi lanjut mengenai musim baharu untuk Rainbox Six Siege iaitu Shadow Legacy Operation yang di antaranya menyertakan watak baharu, Sam Fisher atau dikenali sebagai Zero di dalam permainan ini.

Zero merupakan watak menyerang, dan akan mempunyai Assault Rifle SC-3000K atau MP7 dan pistol 5.7 USG yang mempunyai supressor terpasang. Selain itu, dia juga akan mempunyai penembak Argus iaitu kamera yang boleh ditembak ke pelbagai lokasi dan dapat melihat keadaan langsung kawasan tersebut.

Selain itu, musim baharu ini juga membawa pelbagai penambah-baikkan serta fungsi baharu. Antaranya adalah Ping 2.0 untuk membantu pasukan menggunakan fungsi ping dengan lebih berguna kerana ia akan memperlihatkan apa yang di-ping kan.

Pengharaman peta juga akan disertakan untuk memberi peluang memilih jika ingin mengharamkan sesuatu peta yang tidak disukai. Ia adalah untuk perlawanan Ranked dan juga biasa. Peta Chalet juga menerima perubahan untuk beberapa tempat.

Ubisoft masih tidak mengumumkan tarikh bermulanya musim baharu ini, akan tetapi kebanyakan fungsi termasuk juga Zero sudah tiba di pelayan percubaan. Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini