Skip to main content

Warner Bros, DC dan Epic Games telah mengumumkan berkas baharu untuk Fortnite iaitu Fortnite: The Last Laugh. Ia akan hadir secara fizikal bermula pada 17 November untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan Switch.

Selain itu, ia juga boleh dibeli secara digital melalui pembelian di dalam permainan dan juga gedung-gedung digital terpilih pada bulan Disember ini. Berkas ini akan ditawarkan dengan harga €29.99 dan menyertakan barangan berikut;

  • 1,000 V-Bucks
  • Tiga Kostum: The Joker, Poison Ivy, Midas Rex
  • Tiga: Laugh Riot (reactive), Back Bloom, Midas Crest
  • 4 Pickaxe: Bad Joke, The Joker’s Revenge, Ivy Axe, Kingmaker
  • ‘Pick a Card’ Contrail

Fortnite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga diumumkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X. Buat masa ini versi mudah alih dibuang dari penyenaraian di App Store dan Play Store.

Leave a Reply