Creative Assembly hari ini telah mengumumkan yang terdapat 7.5 juta pemain telah menebus A Total War Saga: Troy yang ditawarkan secara percuma di Epic Games Store selama 24 jam ketika hari pertama pelancaran. Mereka mengatakan mempunyai sasaran yang tinggi untuk kejayaan tawaran tersebut, tetapi tidak menjangkakan yang ia adalah sebaik ini.

Mengenai permainan tersebut dilancarkan secara eksklusif untuk 12 bulan di Epic Games Store, mereka mengatakan yang mengambil keputusan untuk bersetuju kerana Epic Games menawarkan sesuatu yang boleh memperkenalkan siri permainan ini kepada pemain-pemain yang lain (merujuk kepada tawaran percuma selama 24 jam).

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, ia sekarang di tawarkan di Epic Games Store dengan harga $31.49.

Sohor Kini