Dengan pelancaran permainan WWE 2K Battlegrounds yang semakin hampir pada bulan September ini, hari ini 2K Games memperlihatkan satu video baharu di mana ia menerangkan beberapa mod permainan yang akan tiba buat permainan tersebut.

Menariknya, video tersebut dipersembahkan khas oleh Paul Heyman iaitu pengurus dan pengulas siri WWE yang terkenal sejak bertahun-tahun lepas.

Melalui video di atas, Paul Heyman memperlihatkan beberapa mod permainan yang akan tiba seperti mod solo kempen, mod Exhibition seperti permainan-permainan gusti sebelum ini dan juga mod multi-pemain secara dalam talian.

Namun antara fungsi yang menarik akan tiba semestinya adalah mod menghasilkan watak sendiri di mana pemain berupaya untuk melakukan pelbagai pengubah-suaian watak dan menggunakannya untuk bertempur dengan watak ahli gusti lain.

Bagi anda yang berminat, WWE 2K Battlegrounds akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada 18 September 2020 ini.

Sohor Kini