Awal tahun ini, kami melaporkan yang mana Gundam saiz sebenar dan berfungsi akan dibina di Yokohama, Jepun. Kini selang beberapa bulan, Gundam tersebut akhirnya siap dibina.

Dengan bersaiz 18 meter, robot Gundam yang berdasarkan siri anime Mobile Suit Gundam iaitu RX-78-2 tersebut, mula dihasilkan sejak 2014 dan ia mula dipasang secara rasmi di Yokohama, Jepun pada awal tahun ini. Ia mempunyai 24 sendi yang boleh bergerak dengan rekaan yang diolah semula berdasarkan RX-78-2.

Asalnya, Gundam tersebut akan dibuka untuk pelawat pada bulan Oktober ini namun ia terpaksa ditunda atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang tular sebelum ini. Namun berdasarkan laporan, ia akan dibuak untuk umum sekitar tahun ini di mana ia turut akan menyertakan pelbagai reruai lain seperti pameran Gundam, restoran kafe dan sebagainya berdekatan dengan lokasi tersebut.

Semestinya bagi peminat Gundam di luar sana, ini merupakan satu pameran yang perlu anda lihat di Jepun dan kami di Aksiz akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia dibuka secara rasmi kelak.

Sohor Kini