Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Warner Bros dan DC akan mengadakan acara digital khas DC Fancome di mana ia akan memperlihatkan pelbagai pengumuman dan aktiviti menarik berdasarkan adiwira DC.

Terkini, jadual acara tersebut akhirnya disenaraikan secara rasmi di mana ia akan bermula pada 23 Ogos 2020 pada jam 1 pagi dengan panel khas filem Wonder Woman 1984.

Acara tersebut pula diteruskan dengan penguman permainan Warner Bros. Games Montreal di mana kami percaya ia mungkin adalah permainan Batman Gotham Knight yang tertiris sebelum ini.

Salah satu pengumuman yang menarik yang diacah oleh Rocksteady Studio sebelum ini semestinya adalah permainan seterusnya oleh mereka, iaitu permainan Suicide Squad. Berdasarkan jadual tersebut, nama penuh permainan tersebut diperlihatkan secara rasmi di mana ia adalah Suicide Squad: Kill The Justice League.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut dan segala pengumuman penting ketika acara tersebut setlah ia berlangsung kelak. Bagi anda yang ingin melihat senarai penuh jadual tersebut, anda boleh ke pautan di bawah di mana mereka menyediakan masa tempatan bagi anda yang mendaftarnya.

[info] Layari: Jadual penuh DC Fandome [/info]

Leave a Reply