Electronic Arts hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menjenamakan semula langganan EA Access dan Origin Access Basic kepada EA Play. Manakala langganan Origin Access Premier akan dijenamakan sebagai EA Play Pro.

Menurut mereka, perubahan tersebut akan bermula pada 18 Ogos 2020 ini dan EA Play merupakan nama yang digunakan oleh EA sebelum ini untuk acara tahunan E3 mereka. Acara tersebut kemudian dinamakan EA Play Live ketika Jun lepas.

Menurut EA, perubahan ini tidak akan memberi kesan terhadap sebarang akses permainan dan harga langganan. Tujuan langganan ini dijenamakan semula adalah untuk menyelaraskan jenama-jenama servis mereka dan memudahkan pelanggan untuk membelinya.

Pada masa yang sama, EA juga pada masa kan datang mereka akan menyertakan pelbagai lagi akses permainan, kandungan eksklusif dan juga langganan bersama ganjaran bulanan buat pelanggan yang melanggan EA Play tersebut.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan langganan EA Access dan Origin Access, ia merupakan perkhidmatan langganan bulanan EA yang memberikan pelanggan pelbagai kelebihan seperti akses kepada beberapa permainan secara percuma untuk dimainkan sehingga langganan berakhir. EA Access merupakan langganan khas di konsol manakala Origin Access pula adalah langganan di PC.

Dari segi harga, EA Access di konsol berharga RM20 sebulan manakala Origin Access Basic berharga S$6.45(~RM20) sebulan dan Origin Access Premier berharga S$19.90(~RM62) sebulan.

Sohor Kini