Pernah atau tidak anda bayangkan atau inginkan DC vs Marvel menjadi realiti di filem aksi nyata? Saya juga kerap bayangkan begitu, tetapi disebabkan lesen dan hak IP – ia boleh dikatakan mustahil. Tetapi, pelakon yang membawakan watak DC dan Marvel boleh sahaja berlakon dalam filem yang sama. Tom Holland yang sebelum ini berlakon sebagai Spider-Man, Sebastian Stan sebagai Winter Soldier dan kelak Robert Pattinson sebagai Batman berganding bahu dalam satu filem ngeri di Netflix.

Filem ini adalah The Devil All The Time. Baru-baru ini, Netflix baru sahaja terbitkan video acah bagi filem ini. Filem ini memperlihatkan watak Tom Holland, Arvin Russell yang cuba menentang kejahatan yang mengganggu beliau dan keluarga. Filem ini menjangkau masa antara Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam dan melibatkan seorang pendakwah sesat lakonan Robert Pattinson, pasangan gila lakonan Jason Clarke & Riley Keough dan juga polis jahat lakonan Sebastian Stan.

The Devil All The Time: Robert Pattinson as Preston Teagardin. Photo Cr. Glen Wilson/Netflix © 2020

Dari video acah juga, ia telah memberikan satu perasaan yang takut dan mengerikan. Jelas sekali watak Robert Pattitnson dan Jason Clarke jahat gila. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku? Benarkan ada entiti jahat yang mengganggu Arvin atau hanya penjenayah yang cuba lakukan sesuatu? Filem ini diadaptasi dari novel dengan judul yang sama, hasil jarya oleh Donald Ray Pollock.

Ia akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 16 September ini.

Sohor Kini